SHAH ALAM - Keputusan kerajaan memberi kelonggaran beroperasi kepada sektor perkhidmatan seperti kedai gunting rambut, dobi dan perubatan tradisional dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bercanggah dengan usaha memutuskan penularan wabak Covid-19 di negara ini.
Pengerusi Yayasan Keprihatinan Komuniti Malaysia (MCCF), Halim Ishak berkata, kerajaan mungkin terlepas pandang bahawa sektor perkhidmatan tersebut amat berisiko tinggi di mana wabak Covid-19 boleh dijangkiti oleh pelanggan atau pengusaha perniagaan tersebut.