Ketika saman jadi kebanggaan
Iklan
Bayar saman bukan masalahnya tetapi yang menjadi persoalan ialah mentaliti di sebalik tindakan itu. Foto: Bernama
ENTAH sejak bila surat saman menjadi bahan untuk dibanggakan. Di media sosial, ada yang siap memuat naik gambar saman perangkap had laju dengan penuh bangga.
Ada yang ketawa, ada yang bergurau, malah ada yang seolah-olah menganggap kelajuan tinggi itu satu pencapaian luar biasa. Bayar saman bukan masalahnya. Yang menjadi persoalan ialah mentaliti di sebalik tindakan itu.