Tiada perbincangan singkirkan Bersatu - Rosol

Iklan
Rosol

KUALA LUMPUR – Kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dalam Perikatan Nasional (PN) tidak dibincangkan dalam Mesyuarat Ahli Parlimen pembangkang di Pejabat Agung Pas pada Rabu.

Ahli Parlimen Hulu Terengganu, Datuk Rosol Wahid berkata, mesyuarat yang berlangsung hampir dua jam itu memfokuskan kepada gerak kerja menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan serta kedudukan Ketua Pembangkang.

Iklan
Iklan

“Tidak, isu mengeluarkan Bersatu daripada PN tidak dibincangkan.

“Kita bincang untuk mengesahkan semula Datuk Seri Hamzah sebagai Ketua Pembangkang. Seratus peratus ahli Parlimen yang hadir semuanya bersetuju.

Iklan

“Cuma persiapan PRN Johor dan Negeri Sembilan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini.

Pada Selasa, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan parti itu kekal sebagai komponen PN dan akan menggunakan logo gabungan tersebut pada PRN Johor dan Negeri Sembilan.

Iklan

Jelasnya, Bersatu tidak boleh disingkirkan secara unilateral atau berdasarkan keputusan sebelah pihak sahaja.

Sebelum ini, Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang, memaklumkan kedudukan parti itu dijangka terjawab pada mesyuarat Pas Pusat pada Rabu.

Katanya, penyingkiran sesebuah parti dalam PN bergantung pada keputusan majoriti anggota komponen dalam gabungan itu.