Wawasan ambil alih parti, tiada isu pendaftaran - Hamzah

Iklan
Hamzah

KUALA LUMPUR - Status pendaftaran Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) Parti Wawasan Negara (Wawasan) bukan satu isu kerana parti itu hanya melalui proses pertukaran nama.

Pengasas Gerakan Reset, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, perkara itu berikutan pihaknya mengambil alih sebuah parti yang telah berdaftar.

Iklan
Iklan

Hamzah yang juga Pengasas Wawasan memaklumkan, mesyuarat itu membincangkan persiapan gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan.

"Maklum sahaja di Johor sudah pun ada ketetapan maka kita nak tentukan bagaimana caranya untuk kita pastikan kemenangan calon-calon kita begitu juga di Negeri Sembilan

Iklan

"Jadi semua perbincangan itu memerlukan rakan-rakan terutama Ahli Parlimen turun membantu calon-calon kita itu kita bincangkan,"katanya.

Terdahulu, Hamzah bersama 16 lagi Ahli Parlimen yang mengikuti Gerakan Reset Malaysia antara yang hadir dalam mesyuarat bersama Ahli-Ahli Parlimen PAS yang berlangsung hampir dua jam.

Iklan