Pelancong Jerman meninggal dunia selepas snorkeling

Iklan
Seorang pelancong lelaki warga Jerman meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti selam snorkel di perairan Pulau Sakar di Lahad Datu. Foto ihsan Maritim Malaysia Sabah

LAHAD DATU - Seorang pelancong lelaki warga Jerman meninggal dunia selepas pengsan ketika melakukan aktiviti selam snorkel di perairan Pulau Sakar di sini pada Rabu. 

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Lahad Datu Komander Maritim Dzulfikhar Ali berkata Kenneth Ray Crouse, 78, disahkan meninggal dunia di Hospital Lahad Datu.

Iklan
Iklan

"Pusat Operasi Maritim Zon Lahad Datu menerima maklumat mengenai keadaan mangsa yang pengsan pada 11.20 pagi dan satu operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) dikoordinasikan.

"Di lokasi kejadian, mangsa turut diberikan bantuan pernafasan oleh rakannya, sebelum bot ronda Cenderawasih 02 mengambil mangsa untuk dihantar ke Jeti Perikanan. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia di hospital,” katanya dalam kenyataan di sini pada Rabu. 

Iklan

Dalam pada itu, Dzulfikhar menasihati orang ramai agar mengutamakan keselamatan ketika melakukan aktiviti di laut dan melaporkan segera sebarang kecemasan atau jenayah maritim.

Orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Zon Lahad Datu menerusi talian WhatsApp 016-9305727 atau talian kecemasan MERS999 untuk tindakan segera pihak berkuasa. - Bernama 

Iklan