Pemilihan Pendakwa Raya perlu diperluas di luar AGC

Iklan
Chin Huat - Foto SINAR HARIAN/MOHD AZLIM ZAINURY

SHAH ALAM - Pemilihan calon Pendakwa Raya tidak seharusnya terhad kepada alumni Jabatan Peguam Negara (AGC) atau bekas Timbalan Pendakwa Raya semata-mata, kata Pensyarah Sains Politik Universiti Sunway, Profesor Dr Wong Chin Huat.

Beliau berkata, proses pelantikan perlu diperluaskan kepada pengamal undang-undang luar yang mempunyai pengalaman dan kelayakan setanding.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian dalam sesi soal jawab bersama moderator, Ismail Adnan ketika program Wacana Rakyat Edisi Ke-487 bertajuk"Pisah Kuasa Peguam Negara & Pendakwa Raya: Apa Rakyat Mahu?" anjuran bersama Rasuah Busters dan Sinar Harian di Studio F, Sinar Harian pada Selasa malam.

Selain Chin Huat, sesi wacana itu turut menampilkan Pengarah Eksekutif Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Mohd Asraf Sharafi Mohd Azhar serta bekas Presiden Majlis Peguam, Karen Cheah Yee Lynn.

Iklan

Dari kiri: Ismail selaku moderator manakala Karen, Mohd Asraf serta Chin Huat sebagai panelis.- Foto SINAR HARIAN/MOHD AZLIM ZAINURY

Menurutnya, beberapa negara mengamalkan penglibatan Parlimen dalam proses pelantikan bagi memastikan wujud elemen akauntabiliti politik dan mengelakkan monopoli kuasa oleh pihak eksekutif.

Iklan

Beliau turut mengingatkan bahawa budaya organisasi dalam AGC tidak akan berubah dalam tempoh singkat walaupun peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya dipisahkan.

Sehubungan itu katanya, kriteria pelantikan perlu diperincikan melalui satu akta pemberian kuasa (enabling act) seperti Akta Pejabat Pendakwa Raya (Office of Public Prosecutor Act - OPA).

Chin Huat berkata, tapisan yang komprehensif melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan selain Jawatankuasa Parlimen penting bagi melahirkan institusi pendakwaan yang bebas serta diyakini rakyat.