Pas bincang isu teknikal selepas putus hubungan dengan Bersatu

Iklan
Mohd Amae

KOTA BHARU - Pas akan mengadakan mesyuarat bagi membincangkan beberapa isu teknikal susulan keputusan parti itu menghentikan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) kata Naib Presiden, Datuk Mohd Amar Abdullah.

Menurut beliau, antara perkara utama yang akan diperhalusi termasuk kedudukan wakil Bersatu yang memegang jawatan Exco di beberapa negeri, selain hala tuju hubungan dalam Perikatan Nasional (PN).

Iklan
Iklan

"Selepas kita buat keputusan untuk menghentikan hubungan dengan Bersatu, ada beberapa isu teknikal yang kita kena bincang.

"Antaranya kedudukan Exco-Exco daripada Bersatu di negeri-negeri, kena ada satu pendirian yang jelas," katanya semasa sidang akhbar di sini pada Rabu.

Iklan

Sebelum itu beliau hadir pada Mesyuarat Agung Tahunan Pas Kawasan Pengkalan Chepa Kali Ke 54 yang dirasmikan oleh dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Terdahulu, Pas mengejutkan landskap politik tanah air apabila membuat ketetapan mengejut untuk menghentikan serta-merta kerjasama politik dengan rakan sekutunya dalam PN, iaitu Bersatu.

Iklan

Keputusan drastik itu dicapai dalam Mesyuarat Khas Jawatankuasa Kerja Pas Pusat yang diadakan hari ini bagi membincangkan hala tuju parti mendepani fasa politik baharu.

Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, ketetapan memutus hubungan itu dibuat selepas parti meneliti kedudukan dan hala tuju kerjasama politik Pas-Bersatu berdasarkan laporan, kajian serta penilaian semasa secara menyeluruh.