Amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri selain Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga 12 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam amaran pada 9.10 pagi ini memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di seluruh Selangor, Pulau Pinang dan Melaka, manakala Pahang melibatkan kawasan Raub.

Iklan
Iklan

Keadaan sama turut dijangka melanda kawasan Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah, manakala di Negeri Sembilan melibatkan Seremban, Port Dickson dan Rembau.

Di Perak, kawasan terjejas meliputi Kerian, Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. - Bernama

Iklan

 

 

Iklan