Perlukah simpan bekalan jika perang tamat
Iklan
Menyimpan bekalan bukan soal takut dunia jadi huru-hara. Ia lebih kepada langkah berjaga-jaga menghadapi realiti hidup yang tidak menentu. Gambar hiasan
BARU-BARU ini, saya terlihat satu video di TikTok. Seorang perempuan berkongsi dia mahu menjual semula barang-barang makanan dibeli suaminya. Bukan sedikit, tapi stok dalam jumlah yang agak banyak. Berkotak-kotak.
Alasannya, si suami bimbang dunia menjadi tidak aman, jadi dia bersedia lebih awal.