Air mata penyesalan Adam
Iklan
Ketika awal awal-awal di Henry Gurney, setiap malam Adam menangis kerana sedar betapa besar kesilapan yang telah dilakukan - Gambar hiasan
SEREMBAN – Detik paling menyakitkan dalam hidupnya bukan ketika ditahan pihak berkuasa pada usia 17 tahun, tetapi saat melihat air mata ibunya yang kecewa selepas mengetahui dia terjebak dalam penagihan dadah.
Itu kisah Adam (bukan nama sebenar), anak kedua daripada tiga beradik yang pernah ditempatkan di Sekolah Henry Gurney, Melaka selepas mahkamah mendapati dia bersalah atas kesalahan memiliki bahan terlarang jenis syabu dan ais.