Isteri ubah hidup sang gengster
Iklan
Bro Ben bersama Ariani (kiri) yang banyak membantunya dalam mendalami agama Islam.Selain itu, beliau membantu ramai mereka yang tidak berkemampuan, bukan sahaja orang Islam malah agama lain juga.
BUKIT MERTAJAM - Melihat perwatakannya yang aktif dalam kerja dakwah dan kebajikan, sukar untuk membayangkan bahawa suatu ketika dahulu Ooi Chooi Beng, 41, terlibat dalam dunia kongsi gelap, kegiatan along, pusat hiburan serta pelbagai aktiviti jenayah.
Chooi Beng atau lebih dikenali sebagai Bro Ben juga mengakui pernah menyimpan kebencian mendalam terhadap Islam dan orang Melayu sejak kecil akibat pengalaman dibuli.