'Anak jerung' janji tak buat jahat lagi
Iklan
Farouk (kiri) yang menjalani hukuman penjara bersama banduan lain selain tidak sabar hendak bebas.
FOTO ADILA SHARINNI WAHID
KUALA KRAI – Hidup mewah hanya dengan menjual ganja, Farouk (bukan nama sebenar), 32, mampu memperoleh pendapatan sehingga mencecah lima angka sebulan.
Namun Farouk yang turut digelar 'anak jerung' mengakui langsung tidak pernah memikirkan kesan perbuatannya terhadap hidup orang lain sepanjang lebih 10 tahun bergelumang dengan jenayah tersebut.