Had usia 3 tahun memadai
Iklan
Laporan Sinar Harian. Gambar kecil: Rozanizam (atas) dan Fauziah
SHAH ALAM - Had usia penjagaan anak dalam penjara memadai untuk tempoh tiga tahun sahaja, menurut pakar psikiatri kanak-kanak dan remaja dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr Rozanizam Zakaria.
Beliau berkata, kajian membuktikan kanak-kanak hidup dalam persekitaran penjara melebihi tiga tahun berpotensi terdedah kepada risiko kemudaratan perkembangan, psikologi, pendidikan dan sosial yang lebih tinggi, bahkan kesannya berkemungkinan kekal sehingga ke alam dewasa.