Lompat si Zaid lain macam!
Iklan
Zaid Ibrahim
AWANG, macam banyak orang lain juga, 'respek' (guna istilah orang sekarang) pada Tuk Zaid Ibrahim. Mungkin banyak yang tak setuju dengan pandangannya tapi kita hormat keberaniannya. Dia jenis manusia yang tak makan saman. Cakap apa yang beliau nak cakap. Orang macam Zaid jadi menteri pun tak lama. Kononnya sebab prinsip beliau letak jawatan masa dalam Kabinet Tun Abdullah Badawi (Pak Lah). Masa itu dia dalam UMNO.
Zaid pun bukan sembarangan orang, beliau asaskan Zaid and Co, salah sebuah firma guaman terbesar di negara ini. Khabarnya beliau tak ada lagi di situ.