Sultan Nazrin berkenan terima serahan zakat perniagaan RM18.7 juta

Iklan
Sultan Nazrin (kanan) menyerahkan bayaran zakat berkenaan kepada Mohd Annuar dalam majlis yang berlangsung di Istana Kinta pada Selasa.

IPOH – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM18.75 juta daripada enam syarikat korporat kepada Zakat Perak Al Ridzuan (ZAPAR) dalam satu majlis yang berlangsung di Istana Kinta di sini pada Selasa.

Penyerahan zakat terbesar disumbangkan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB) sebanyak RM7.28 juta, diikuti Lembaga Tabung Haji berjumlah RM6.497 juta dan Kumpulan Kewangan Islam Maybank sebanyak RM4.087 juta.

Iklan
Iklan

Turut menunaikan zakat perniagaan ialah Public Islamic Bank Berhad sebanyak RM300,000, YP Nominees Holdings Sdn Bhd (RM385,802.13) dan Empayar Indera Sdn Bhd (RM200,000).

Pada majlis sama, Sultan Nazrin turut berkenan menyerahkan zakat berkenaan kepada Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk), Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Iklan

Sebelum itu, baginda berkenan mengurniakan watikah pelantikan Anggota MAIPk kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak, Asmori Sa'ahari.

ZAPAR dalam kenyataannya berkata, sumbangan zakat yang diterima bukan sahaja memenuhi tuntutan ibadah malah mencerminkan kepercayaan dan komitmen berterusan para pembayar zakat dalam memperkasakan agenda pembangunan ummah di negeri ini.

Iklan

Katanya, ZAPAR komited mengurus serta mengagihkan dana zakat secara cekap, telus dan berakauntabiliti bagi memastikan manfaatnya sampai kepada golongan asnaf yang benar-benar memerlukan.

Sepanjang tempoh Januari hingga Mac 2026, sebanyak RM63.14 juta telah diagihkan kepada golongan asnaf di Perak menerusi pelbagai skim bantuan yang disediakan.

Menurutnya, pencapaian tersebut membuktikan amanah yang diberikan oleh para pembayar zakat terus diterjemahkan kepada manfaat nyata kepada masyarakat yang memerlukan.