Pasukan khas pantau 3R di PRN Johor, Negeri Sembilan
Iklan
Fahmi Fadzil. Foto Bernama
KOTA BHARU - Kerajaan akan menubuhkan pasukan khas bagi memantau penyebaran kandungan berunsur 3R (agama, kaum dan institusi diraja) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bagi memastikan kempen berlangsung dalam suasana aman serta terkawal.
Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pemantauan itu akan dilaksanakan melalui kerjasama rapat antara Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Iklan
Iklan
Menurut beliau, kerjasama antara ketiga-tiga agensi tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya telah lama dilaksanakan bagi membendung penyebaran kandungan yang boleh mengganggu ketenteraman awam dan keharmonian masyarakat.
"Sebarang kandungan berunsur 3R yang disebarkan melalui media sosial termasuk siaran langsung atau rakaman video boleh dikenakan tindakan sekiranya menerima aduan dan didapati melanggar peruntukan undang-undang.
Iklan
"Jika perkara itu berlaku secara fizikal ketika tempoh kempen, tindakan boleh diambil oleh pihak PDRM atau SPR mengikut bidang kuasa masing-masing," katanya semasa sidang akhbar ketika ditemui pada Majlis Penyerahan Watikah Pelantikan Pengerusi Panel Penasihat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Negeri Kelantan di sini pada Selasa.
Fahmi yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai memberitahu, semua parti yang bertanding dinasihatkan supaya mengamalkan budaya politik matang serta berkempen secara sihat tanpa memainkan isu sensitif yang boleh mencetuskan ketegangan dalam kalangan masyarakat.
Iklan
Ujarnya, semua pihak perlu menghormati batas undang-undang dan memastikan kempen pilihan raya tertumpu kepada agenda pembangunan serta kebajikan rakyat.
"Kita mahu proses demokrasi berjalan dengan baik tanpa sebarang unsur yang boleh mengancam perpaduan dan keharmonian negara," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Bersama lapor polis, bendera parti jadi sasaran vandalisme, dibakar secara sengaja"><meta itemprop="description" content="Calon Parti Bersama Malaysia (Bersama) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput, Abdul Rashid Abu Bakar membuat laporan polis selepas bendera parti di kawasannya menjadi sasaran vandalisme apabila didakwa dibakar secara sengaja dipercayai oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Abdul Rashid berkata, kejadian itu disedari petugas pilihan raya parti berkenaan antara jam 4 pagi hingga 7 pagi, Ahad lalu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802985/berita/politik/bersama-lapor-polis-bendera-parti-jadi-sasaran-vandalisme-dibakar-secara-sengaja
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T10:25:30.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gYI9E1gw6KQ-f4B_n/x1080"><meta itemprop="duration" content="P121S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsvkni"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsvkni"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsvkni"></script>