Atasi kesesakan penjara jadi keutamaan kerajaan- Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution(tengah) ketika hadir Program Citra Negara Kementerian Dalam Negeri (KDN): Sekolah Selamat di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz

SEREMBAN - Mengurangkan masalah kesesakan di penjara termasuk memastikan kanak-kanak tidak ditempatkan bersama penghuni lain di depot imigresen antara yang menjadi keutamaan kerajaan ketika ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kerajaan telah melaksanakan inisiatif mengeluarkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah daripada depot melalui penempatan di Baitul Mahabbah.

Iklan
Iklan

"Buat masa sekarang, keutamaan kami ialah mengurangkan kesesakan penjara dan jika melibatkan depot imigresen, inisiatif mengeluarkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah daripada depot telah dilaksanakan menerusi inisiatif Baitul Mahabbah.

"Ini kerana, apabila Jabatan Imigresen menjalankan operasi penguatkuasaan dan menahan ibu bapa, kadangkala anak-anak turut bersama mereka,"katanya ketika ditemui pemberita selepas Program Citra Negara Kementerian Dalam Negeri (KDN): Sekolah Selamat di Kolej Tingkatan Enam Tuanku Muhriz, di sini, pada Selasa.

Iklan

Jelasnya, kanak-kanak tersebut tidak boleh ditinggalkan begitu saja, justeru kerajaan mengambil pendekatan menyediakan persekitaran yang lebih kondusif untuk mereka.

Tambahnya, mereka tidak ditempatkan di depot imigresen bersama penghuni lain, sebaliknya di Baitul Mahabbah.

Iklan

"Sudah tentu kita tidak boleh hanya menahan ibu bapa dan meninggalkan anak-anak. Oleh itu, anak-anak turut dibawa bersama dan ditempatkan di Baitul Mahabbah.

"Ketika ini, kita mempunyai enam Baitul Mahabbah yang menempatkan kanak-kanak berusia 10 tahun ke bawah di bawah jagaan Jabatan Imigresen,"katanya.

Tambahnya, kerajaan menyedari bahawa ia masih belum memenuhi sepenuhnya piawaian antarabangsa namun sekurang-kurangnya dengan cara itu dapat menyediakan persekitaran yang lebih kondusif.

Jelasnya, berkenaan cadangan menaikkan had usia kanak-kanak di dalam penjara tersebut akan diberi perhatian oleh kerajaan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Presiden Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia, Norhimah Aziz menyarankan agar kerajaan menaikkan had usia penjagaan kanak-kanak dalam penjara sehingga lima tahun kerana tempoh tiga tahun dilihat terlalu singkat untuk anak bersama ibu.

"la wajar dikaji semula dengan pendekatan lebih fleksibel mengikut kes atau menaikkan had umur yang lebih sesuai berdasarkan penilaian pakar,

"Bagi saya, umur yang lebih sesuaimungkin sehingga lima tahun kerana pada peringkat ini kanak-kanak lebih mudah menyesuaikan diri,"katanya.