GURUN - [DIKEMAS KINI] Dua anggota tentera maut dipercayai terkena bom ketika menjalani latihan di Lapang Sasar Kem Hobart, Gurun dalam kejadian pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan, polis menerima maklumat awal berhubung kejadian sekitar jam 12.30 tengah hari.
Menurut kenyataan Tentera Darat Malaysia (TDM) yang dipetik Bernama, kedua-dua mangsa dikenali sebagai Koperal Norazmi Abu Bakar dan Prebet Siti Khadijah Sungip.
ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian
Mangsa yang dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani telah dipindahkan ke Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk proses bedah siasat.
Bagaimanapun, beliau berkata, maklumat lanjut berhubung kejadian masih dalam siasatan.
Berdasarkan rekod, terdapat dua tragedi bom meletup semasa anggota tentera menjalani latihan di lokasi sama sebelum ini.
ARTIKEL BERKAITAN: Koperal Norazmi, Prebet Siti Khadijah maut ketika baling grenad
Dua anggota tentera maut terkena bom semasa latihan
Letupan di Kem Hobart: TDM sahkan identiti dua anggota terkorban
Dua tentera maut terkena bom: Polis jalan siasatan menyeluruh termasuk rakam saksi kejadian
Dalam kejadian pertama pada 9 Julai 1987, seramai sembilan anggota tentera dari
Batalion Ke-24 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.
Setelah disiasat dan diselidiki, kemalangan berpunca dari kelalaian dan kecuaian seorang anggota tentera kerana tidak mematuhi peraturan tertentu semasa mengendalikan bom yang tidak meletup.
Manakala kejadian kedua pada 13 Julai 1988 melibatkan seorang anggota tentera dari Batalion Ke-10 Rejimen Askar Melayu Diraja terkorban.
Kemalangan tersebut bukanlah disebabkan kecuaian ataupun kelalaian anggota tentera, tetapi berpunca daripada bom lama yang tertanam dan telah meletup semasa anggota sedang menunggu giliran untuk latihan menembak lorong hutan.