Penetapan sasaran pingat Sukan Komanwel di fasa akhir

Iklan
Dr Mohammed kertika berucap pada kejohanan kelayakan Sukan Asia Honor Of Kings (HOK) di sini hari ini. - Foto: Bernama

SASARAN pingat kontinjen Malaysia pada Sukan Komanwel 2026 di Glasgow, Scotland kini di peringkat akhir untuk dimuktamadkan sebelum diumumkan dalam masa terdekat.

Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata, pengumuman rasmi dijangka dibuat beberapa hari sebelum majlis penyerahan bendera kontinjen Malaysia yang dijadualkan berlangsung pada 16 Julai ini.

Iklan
Iklan

"Perbincangan yang panjang telah pun berlangsung dan sekarang ini kami berada di peringkat akhir untuk menetapkan sasaran pingat.

"Insya-ALLAH dalam masa terdekat kami akan mengumumkan sasaran pingat itu,” katanya ketika ditemui selepas Kejohanan Kelayakan Sukan Asia Honor of Kings di sini hari ini.

Iklan

Dalam pada itu, Dr Mohammed Taufiq ketika ditanya mengenai mekanisme yang bakal digunakan KBS bagi menetapkan sasaran pingat pada temasya itu berkata perkara berkenaan akan dimaklumkan ketika pengumuman rasmi kelak.

Untuk rekod, Malaysia berjaya membawa pulang tujuh emas, lapan perak dan lapan gangsa secara keseluruhan pada edisi 2022 di Birmingham, England.

Iklan

Kutipan pingat pasukan negara pada edisi kali ini bagaimanapun dijangka sedikit terjejas selepas beberapa sukan yang menjadi lubuk emas negara digugurkan, antaranya badminton dan terjun.

Sukan Komanwel 2026 dijadualkan berlangsung dari 23 Julai hingga 2 Ogos ini. - Bernama