8 dikhuatiri maut dalam nahas pesawat pengebom B-52 di California

Iklan
Sebuah pesawat pengebom B-52 Stratofortress milik Tentera Udara AS terhempas semasa penerbangan ujian rutin di California pada Isnin - Foto: Agensi

WASHINGTON/ISTANBUL - Sebuah pesawat pengebom B-52 Stratofortress milik Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) terhempas semasa penerbangan ujian rutin di California pada Isnin, dengan pegawai tentera memaklumkan bahawa impak nahas itu tidak memberi peluang untuk mangsa terselamat, lapor Anadolu Ajansi.

"Petunjuk awal menunjukkan tidak mungkin ada mangsa yang terselamat dalam nahas itu,” menurut Pangkalan Tentera Udara Edwards menerusi platform X.

Iklan
Iklan

Pangkalan itu mengesahkan bahawa lapan individu berada di dalam pesawat pengebom strategik berkenaan ketika ia terhempas sejurus berlepas pada 11.20 pagi waktu tempatan (1820 GMT) bagi melaksanakan"misi ujian rutin”.

Pasukan tindak balas kecemasan tiba di lokasi kejadian di timur laut Los Angeles sejurus selepas nahas berlaku.

Iklan

Pangkalan itu menyatakan bahawa pasukan berkaitan sedang berusaha mengesahkan nasib semua individu yang berada dalam pesawat itu, manakala siasatan mengenai nahas berkenaan sedang dijalankan.

Pihak pangkalan sebelum itu mengumumkan penutupan lapangan terbang berkenaan, dengan semua pesawat yang menuju ke lapangan terbang itu dilencongkan ke lokasi lain. - Bernama

Iklan