Had 5 tahun lebih sesuai
Iklan
Norhimah berkata, tempoh tiga tahun terlalu singkat kerana masih berada dalam fasa perkembangan awal dan sangat bergantung kepada hubungan emosi bersama ibu.
SHAH ALAM – Had umur tiga tahun yang ditetapkan bagi membolehkan anak tinggal bersama ibu di penjara wajar dikaji semula kerana dikhuatiri menjejaskan perkembangan emosi kanak-kanak apabila mereka dipisahkan pada usia terlalu awal.
Persatuan Wanita Inspirasi Negara Malaysia mencadangkan had umur itu dilanjutkan sehingga lima tahun, manakala Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mengesyorkan Peraturan-Peraturan Penjara 2000 dipinda supaya setiap keputusan dibuat berdasarkan kepentingan terbaik kanak-kanak.