Berang dimarahi, murid 9 tahun kejar guru dengan parang

Iklan
Rakaman insiden itu turut menjadi tular di media sosial. Foto Agensi

SAKON NAKHON - Suasana sebuah sekolah rendah di daerah Mueang di sini bertukar cemas apabila seorang murid lelaki berusia sembilan tahun didakwa mengejar gurunya menggunakan parang dalam kejadian yang tular di media sosial minggu lalu.

Menurut laporan media tempatan, insiden itu dipercayai berpunca daripada pergaduhan antara murid terbabit dengan seorang rakan sekelasnya.

Iklan
Iklan

Seorang guru kemudian menegur kesalahannya, namun murid berkenaan naik angin hingga menyebabkan dia dihantar pulang ke rumah.

Tidak lama kemudian, murid tersebut kembali semula ke sekolah sambil membawa sebilah parang dan cuba menyerang guru itu yang bertindak segera melarikan diri.

Iklan

Tindakan gila kanak-kanak itu turut menyebabkan murid lain ketakutan dan menangis.

Seorang penjaga sekolah akhirnya campur tangan dan memujuk murid terbabit ke kawasan terbuka berhampiran taman permainan sebelum berjaya merampas parang tersebut.

Iklan

Penduduk setempat mendedahkan kanak-kanak itu mempunyai sejarah tingkah laku agresif, termasuk membuli rakan sekelas, mengugut dan memeras wang pelajar lain.

Pihak sekolah sebelum ini pernah berbincang dengan keluarga murid tersebut malah dia pernah digantung sekolah.

Tetapi, kelakuannya semakin teruk selepas kembali bersekolah dan sukar dikawal. - Agensi