Suami isteri warga emas maut, motosikal gagal elak kereta

Iklan
Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Kancil di Jalan Selising-Tok Bok berhampiran simpang Kampung Sungai Durian, Pasir Puteh pada Isnin. - Foto PDRM

PASIR PUTEH - Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Kancil di Jalan Selising-Tok Bok berhampiran simpang Kampung Sungai Durian di sini pada Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 pagi itu, penunggang motosikal berusia 69 tahun dan isterinya, 68, disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Saari Yaacob berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut pada jam 7.55 pagi.

Perjalanan sepasang suami isteri warga emas berakhir dengan tragedi apabila kedua-duanya maut selepas motosikal yang dinaiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Perodua Kancil di Jalan Selising-Tok Bok berhampiran simpang Kampung Sungai Durian, Pasir Puteh pada Isnin. - Foto PDRM

Iklan

Menurut beliau, siasatan awal mendapati pasangan suami isteri itu menunggang motosikal jenis Yamaha LC dari arah Selising menuju ke Tok Bok, Machang.

"Oleh kerana jarak yang terlalu dekat, penunggang motosikal gagal mengelak lalu merempuh bahagian kenderaan terbabit," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Iklan

Ujar beliau, akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Menurutnya, pemandu kereta terbabit tidak mengalami kecederaan serius dan telah dibawa ke hospital berhampiran untuk mendapatkan rawatan lanjut.

"Mayat kedua-dua mangsa dihantar di hantar ke unit forensik hospital berhampiran untuk tindakan selanjutnya.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian," katanya.

Saari memberitahu, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 019-9386224 atau mana-mana balai polis berhampiran.