Kritik Malaysia di pentas antarabangsa, aktivis Rohingya dikecam

Iklan
Noor Azizah ketika berucap dalam majlis graduasi di University of Sydney pada tahun lalu. Kredit foto Instagram/noor.azizah.rohingya.

SHAH ALAM - Ucapan aktivis Rohingya, Noor Azizah yang menyentuh tentang nasib pelarian etnik itu di Malaysia ketika menerima anugerah 'Marie Claire Women of the Year' bagi kategori 'Voice of Now' 2025 di Australia mengundang kecaman warga maya.

Majoritinya menyifatkan wanita itu tidak menghargai bantuan dan perlindungan yang diberikan Malaysia kepada komuniti berkenaan.

Iklan
Iklan

Menerusi video tular itu juga, Noor Azizah membangkitkan isu dihadapi komuniti Rohingya di negara serantau lain iaitu Indonesia dan Thailand, termasuk kisah pengalaman penganiayaan terhadap etnik tersebut sejak melarikan diri dari Myanmar.

Dakwanya, lebih 2,000 kanak-kanak Rohingya di Malaysia kini ditempatkan di pusat tahanan imigresen dan membesar di sebalik jeriji besi, bukannya di dalam bilik darjah.

Iklan

Noor Azizah membangkitkan isu dihadapi komuniti Rohingya di negara serantau lain iaitu Indonesia dan Thailand. Kredit foto Instagram/noor.azizah.rohingya.

"Selepas kami melarikan diri dari Myanmar, keganasan terus mengekori kami. Kamu mungkin mengenali Malaysia, Indonesia dan Thailand sebagai destinasi percutian untuk kamu sekeluarga.

Iklan

"Di Thailand, sindiket pemerdagangan manusia memperdagangkan tubuh Rohingya seperti mata wang. Lelaki dipaksa jadi buruh, kaum wanita lenyap dan seluruh keluarga hilang di laut," kata wanita berkenaan.

Difahamkan, Noor Azizah yang kini menetap di Australia berkata demikian dalam majlis graduasi di University of Sydney pada tahun lalu.

Bagaimanapun, petikan video berdurasi satu minit 18 saat itu kembali tular di platform Threads sejak Ahad susulan isu Rohingya di Malaysia diperkatakan ramai akhir-akhir ini.

Ia berikutan Noor Azizah mengulang siar ucapan tersebut dalam satu hantaran video di Instagramnya iaitu noor.azizah.rohingya pada Sabtu lalu, namun dengan ruangan komen ditutup.

Kenyataan itu mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial sambil mempertikaikan tindakan wanita itu yang lantang mengkritik Malaysia ketika berada di pentas antarabangsa.