Tuah tak datang percuma
BAGI kebanyakan pelajar pintar di dunia, terutama dari negara membangun atau miskin, impian untuk melanjutkan pengajian ke luar negara termasuklah di universiti terkemuka dunia seperti University of Oxford, Imperial College London atau Harvard University sering kali berkubur di fasa angan-angan. Tanpa sebarang bantuan, tak ramai yang mampu menanggung kos yuran pengajian di luar negara dan sara hidup yang mencecah ratusan ribu ringgit setahun.
Sebaliknya sejak puluhan tahun dulu lagi, anak Malaysia boleh dianggap paling bertuah. Di zaman remajanya, Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama, pun sudah ditaja dan beroleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari University of Cambridge dan melayakkan diri sebagai Barrister di Inner Temple, London. Diikuti pelbagai pemimpin dan tokoh tanah air lain yang masih ada sampai hari ini.