Keputusan di Johor berpotensi pengaruhi momentum PRN Negeri Sembilan
Iklan
Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan berpotensi mempengaruhi momentum politik menjelang PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
SHAH ALAM – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang dijadualkan berlangsung pada 11 Julai depan berpotensi mempengaruhi momentum politik menjelang PRN Negeri Sembilan pada 1 Ogos.
Penganalisis politik, Dr Mohamad Hafis Amat Simin berkata, tempoh kira-kira tiga minggu antara kedua-dua pilihan raya itu menjadikan Johor sebagai medan ujian awal yang akan menentukan momentum, naratif dan strategi parti-parti politik sebelum memasuki gelanggang Negeri Sembilan.