Tidur 'berendam' air mata
Iklan
Siti ketika berkongsi perit jerih membesarkan anak perempuannya berusia setahun di balik tirai besi di Penjara Pengkalan Chepa, Kota Bharu.
KOTA BHARU - Setiap kali malam menjelma dan lampu dipadamkan, Siti (bukan nama sebenar), 28, yang sedang menjalani hukuman di sebalik tirai besi akan memeluk erat anak perempuannya berusia setahun sambil berendam air mata.
Melihat wajah polos si kecil, Siti tidak mampu menyembunyikan perasaan sedih dan bersalah kerana terpaksa membesarkan cahaya mata ketiganya di dalam penjara.