Bayi empat bulan jadi 'penghuni' Penjara Bentong
Iklan
Sebagai tahanan reman, Salma masih dibenarkan menguruskan sendiri bayinya di Penjara Bentong.
BENTONG – Seorang bayi yang baru dilahirkan di hospital lazimnya dibawa pulang ke rumah dan disambut dengan penuh kegembiraan oleh keluarga.
Namun, nasib bayi lelaki ini berbeza. Sejak dilahirkan empat bulan lalu, dia membesar di sebalik tirai besi demi terus berada dalam dakapan ibunya di Penjara Bentong, Pahang.