Sanggup 'redah' jambatan sempit elak sekatan jalan raya
Iklan
TANJONG KARANG - Polis menutup jambatan besi menghubungkan Pekan Tanjong Karang di sini selepas tular beberapa pemandu kereta didakwa menggunakan laluan itu untuk mengelak sekatan jalan raya berikutan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, jambatan besi yang merupakan laluan alternatif penduduk sekitar itu ditutup dengan penghadang konkrit yang hanya boleh dilalui penunggang motosikal dan penjalan kaki.