Jom Qiam dan Layan Bola

Iklan

KETIKA kebanyakan peminat bola sepak memilih restoran mamak untuk menyaksikan perlawanan Piala Dunia, Masjid Al Falah USJ 9, Subang Jaya mengambil pendekatan berbeza dengan membawa suasana itu ke dalam persekitaran masjid menerusi program 'Jom Qiam dan Layan Bola'.

Inisiatif yang digerakkan oleh biro pemuda masjid di bawah jenama Al-Falah Youth itu bukan sekadar menyediakan ruang menonton perlawanan secara berkumpulan, malah menggabungkan aktiviti kerohanian seperti qiamullail, tazkirah dan solat berjemaah bagi mendekatkan golongan muda dengan institusi masjid.

Iklan
Iklan

Foto Bernama