PRN Johor, NS: Pas ulangi strategi Gagasan Sejahtera, Bersatu bersama IPR
Iklan
Gambar kecil (kiri) Dr Mohd Zuhdi dan Dr Malike.
SHAH ALAM – Pas berkemungkinan besar terpaksa bergerak secara bersendirian dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan PRN Negeri Sembilan sekiranya hubungan politik dengan Bersatu benar-benar berakhir.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, setakat ini beliau tidak melihat sebarang bentuk kerjasama politik yang kukuh mampu diwujudkan dalam tempoh singkat sebelum kedua-dua pilihan raya negeri tersebut berlangsung.