Menelusuri jalan khidmat
Iklan
Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan mengurniakan watikah dan pelantikan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar kepada Tunku Zain Al-'Abidin pada Istiadat Pengurniaan dan Perisytiharan Gelaran Pusaka Tunku Panglima Besar di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti pada Khamis.
SEJAK kecil, kita cepat terbiasa dengan pelbagai harapan dan tuntutan; belajar bersungguh-sungguh, mengemas bilik, berlatih bermain piano dan jangan lupa berdoa.
Senarai itu berbeza antara keluarga, mencerminkan kepercayaan ibu bapa tentang apa yang membentuk seorang insan yang baik. Apabila meningkat dewasa, kita mula meneroka pelbagai cara lain dalam menjalani kehidupan.