Usul Muhyiddin kembali terajui PN - Bersatu Pahang
Iklan
Barisan kepimpinan Bersatu Pahang mengadakan mesyuarat parti itu dan mencadang usul agar Muhyiddin kembali menerajui PN sebagai pengerusi.
KUANTAN - Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin perlu kembali menerajui Perikatan Nasional (PN) sebagai pengerusi gabungan itu dengan segera.
Pendirian itu diputuskan menerusi satu cadangan usul yang dibentangkan dalam mesyuarat Bersatu Pahang pada Khamis susulan keputusan Pas menamatkan kerjasama politik dengan parti tersebut.
Iklan
Iklan
Menurut kenyataan Sekretariat Penerangan Bersatu Pahang, ketokohan dan kewibawaan Tan Muhyiddin diyakini mampu meraih sokongan pengundi dalam persaingan dengan Barisan Nasinal (BN) dan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan bulan hadapan.
"Bersatu Pahang juga menggesa komponen PN iaitu Parti Gerakan Rakyat Malaysia (GERAKAN) dan Malaysian Indian People Party (MIPP) menyokong cadangan ini demi kesinambungan perjuangan dan semangat setiakawan," katanya dalam satu kenyataan pada malam Khamis.
Iklan
Kenyataan itu turut memaklumkan pihaknya mengambil langkah memperkemaskan organisasi Bersatu Pahang dan merancang gerak kerja bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 pada akan datang.
"Kita telah siap siaga untuk kerahan mobilisasi anggota bagi membantu kerja pilihanraya di dua negeri berkenaan," katanya.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRN Melaka: Lima kali ayah tewas, saya tiada niat balas dendam – Mukhlis Mubin"><meta itemprop="description" content="Calon muda Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mukhlis Mubin tidak pernah berniat membalas dendam terhadap lima kekalahan bapanya dalam pilihan raya sebelum ini, sebaliknya menganggap itu sebagai cabaran untuk meneruskan perjuangan berbakti kepada masyarakat.
Mukhlis atau nama penuhnya, Muhammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah, 25, berkata, pengalaman melihat bapanya, Julasapiyah Kassim, turun padang dan berkhidmat kepada masyarakat sejak beliau kecil banyak membentuk dirinya untuk turut aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/802952/berita/politik/prn-melaka-lima-kali-ayah-tewas-saya-tiada-niat-balas-dendam-ndash-mukhlis-mubin
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #PRNMelaka #SuaraRakyat"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-02T07:28:03.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/gY5ac1gw3kBiMQOb0/x1080"><meta itemprop="duration" content="P102S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbsugx2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbsugx2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbsugx2"></script>