Adakah ada kerjasama UMNO, Pas dan Reset?
Iklan
Bayangan kerjasama antara UMNO, Pas dan Bersatu Reset sekarang sedang panas diperkata di setiap perbualan politik tanahair. Gambar hiasan Foto Bernama
SETIAP parti politik yang pernah menjalinkan kerjasama politik dengan Pas lazimnya akan berantakan, akhirnya berpisah. Semangat 46 yang ditubuhkan pada 1989 dibubarkan tujuh tahun kemudian untuk kembali ke pangkuan UMNO.
Manakala Barisan Alternatif yang ditubuhkan pada 1998 antara Pas, DAP dan Parti Keadilan Nasional, turut mengalami nasib yang sama – DAP keluar daripada gagasan pada September 2001 kerana tidak tahan dengan desakan Pas untuk menubuhkan negara Islam.