'Bersatu tidak mungkin tinggalkan PN' - Tun Faisal
Iklan
Menurut Tun Faisal, Bersatu kekal komited bersama PN dan akan terus memperkukuhkan teras perjuangan gabungan tersebut.
SHAH ALAM - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak mungkin meninggalkan Perikatan Nasional (PN) memandangkan parti itu merupakan pencetus utama kepada penubuhan gabungan berkenaan yang diasaskan oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Ketua Penerangannya, Datuk Tun Faisal Ismail Aziz berkata, parti itu juga memainkan peranan paling besar dalam membentuk, mendaftarkan dan menguruskan gabungan tersebut sejak awal penubuhannya.