PERSIAPAN unik menjelang Piala Dunia 2026 mencuri perhatian apabila beberapa pasukan dilaporkan membawa bekalan makanan dari negara masing-masing demi memastikan prestasi pemain kekal optimum.
Norway yang kembali ke pentas Piala Dunia selepas 28 tahun dilaporkan membawa kira-kira 6,000 biji oren, selain lebih 300 kilogram (kg) salmon jenis sockeye dan 116kg keju sebagai sebahagian daripada bekalan makanan pasukan.