TEHERAN - Demam bola sepak melanda ibu negara Iran menjelang Piala Dunia FIFA 2026, membayangi ketegangan geopolitik berterusan antara Teheran dan tuan rumah bersama kejohanan Amerika Syarikat (AS), lapor Anadolu Ajansi (AA).
Sebuah replika gergasi trofi Piala Dunia kini berdiri di atas jalan utama Teheran, menjadi tumpuan peminat tempatan.