Pas masih kekal dalam PN, kedudukan ditentukan perlembagaan gabungan
Iklan
Ahmad Fadhli dan laporan muka depan Sinar Harian pada Rabu.
SHAH ALAM - Pas berpendirian parti itu masih kekal bersama Perikatan Nasional (PN) meskipun hubungan politik dengan Bersatu memasuki episod baharu susulan keputusan mereka menamatkan kerjasama dengan sekutunya itu.
Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata, kedudukan Pas dalam PN akan ditentukan mengikut peruntukan perlembagaan gabungan tersebut dan bukannya berdasarkan dakwaan mana-mana pihak bahawa PN adalah milik sesebuah parti atau seseorang individu.