Jaslinda, antara sanjungan dan kecaman
Iklan
Pendaki wanita yang ditemui selamat selepas hampir dua minggu hilang di kawasan Gunung Batu Putih, Jaslinda Saludin, 49, dibenarkan keluar dari Hospital Tapah pada Selasa selepas menerima rawatan selama tiga hari. Foto Bernama
APABILA berita mengesahkan pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, ditemukan selamat pada 6 Jun sekitar jam 3 petang, seluruh negara seakan menghela nafas lega yang panjang. Berita itu hadir sebagai nikmat tidak ternilai.
Namun, naratif kali ini bukan sekadar kisah seorang pendaki sesat yang ditemui semula. Ia adalah tentang kekuatan jiwa, kecekalan seorang wanita dan keengganan untuk menyerah kalah di saat berada di ambang putus harapan.