Segerakan mekanisme kawal Rohingya
Iklan
Kerajaan digesa memperketat kawalan sempadan dan perairan negara bagi mengelak kemasukan pelarian baharu secara tidak terkawal. Gambar kecil: Salawati
SHAH ALAM - Kerajaan digesa segera mempunyai mekanisme pengawalan pelarian bagi tempoh lima hingga 10 tahun akan datang bagi mengelakkan isu melibatkan pelarian Rohingya terus membebankan negara.
Pakar Undang-Undang Antarabangsa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Dr Salawati Mat Basir berkata, mekanisme tersebut penting bagi menentukan hala tuju jelas dalam pengurusan dan penempatan golongan berkenaan.