REMBAU - [DIKEMAS KINI] Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun maut selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika berjalan kaki di Kilometer 1, Jalan Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Legong Ulu Kota, di sini petang Rabu.
Pemangku Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintenden Azmi Ali berkata, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.