Jual komponen ubah suai haram, bengkel dan kedai dalam radar JPJ

Iklan
Muhammad Kifli menunjukkan motosikal yang disita JPJ sepanjang Op Motosikal (Extreme) di JPJ Kuala Lumpur pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Tindakan tegas akan diambil terhadap pemilik kedai aksesori dan komponen kenderaan yang menjual barangan menyalahi undang-undang menerusi kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dengan pelbagai agensi penguat kuasa.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan berkata, pihaknya akan melihat perkara itu daripada pelbagai aspek kajian dan merujuk perkara ini kepada pihak Kementerian Pengangkutan sebelum tindakan dilaksanakan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, JPJ akan mengambil tindakan dari segi perundangan.

"Jadi untuk peringkat hari ini saya nyatakan kami akan melakukan kajian yang mendalam dalam pelbagai aspek untuk tindakan ke atas bengkel. Tunggu pengumuman yang akan diumumkan nanti," katanya dalam sidang akhbar Op Extreme di Pejabat JPJ Kuala Lumpur di sini pada Rabu.

Iklan

Antara kesalahan ubah suai motosikal ekstrem yang tidak menggunakan brek belakang.

Turut hadir Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam.

Iklan

Mengulas mengenai aksesori dan alat ganti motosikal yang digunakan bagi meningkatkan kelajuan, Muhammad Kifli menjelaskan, JPJ akan bekerjasama dengan pelbagai agensi terutama sekali dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi memastikan ketulenan dan sebagainya.

Katanya, JPJ juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain antaranya Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) serta pihak berkuasa tempatan.

"Kami akan bekerjasama dan akan melakukan operasi secara bersepadu," ujarnya.