Senarai sektor tambahan dibenar beroperasi dalam PKP

Iklan
Seorang pengawal keselamatan dilihat memakai perisai muka ketika menjalankan tugas berkawal di hadapan sebuah bangunan ketika tinjauan hari ini. -Foto Bernama

PUTRAJAYA - Jemaah menteri dalam mesyuarat pada 8 April membenarkan pembukaan semula sektor tambahan untuk beroperasi dalam tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) berikutan penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa & Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, syarikat di dalam sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan kepada MITI bermula Isnin 13 April.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pihak syarikat perlu mematuhi syarat yang ditetapkan termasuk oleh pihak KKM.

"Syarikat-syarikat di dalam sektor-sektor tambahan yang disenaraikan boleh membuat permohonan beroperasi kepada MITI bermula hari Isnin, 13 April 2020, dari jam 9.00 pagi.

Iklan

"Semua permohonan mestilah dibuat secara atas talian di laman sesawang MITI, www.miti.gov.my. Hanya permohonan yang menepati syarat dan lengkap sahaja akan diproses," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Beberapa sektor dibenar beroperasi secara berperingkat: PM

Iklan

Senarai sektor pengilangan dan perkhidmatan yang dibenarkan:

1. Industri Aeroangkasa

2. Industri Automotif (terhad kepada eksport unit siap pasang sepenuhnya – CBU, peralatan dan komponen, serta perkhidmatan selepas jualan contohnya penyelenggaraan).

3. Industri Mesin dan peralatan.

4. Projek-projek pembinaan, termasuk industri simen; besi dan keluli.