Penyatuan Melayu-Islam tak semestinya guna nama Muafakat Nasional - Akmal Saleh
Iklan
Akmal Saleh
SHAH ALAM – Nama bagi wadah penyatuan Melayu-Islam tidak seharusnya menjadi perkara pokok, sebaliknya apa yang lebih utama ialah matlamat dan hala tuju perjuangan tersebut, kata Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh.
Menurut beliau, usaha menyatukan saf Melayu dan Islam boleh dilaksanakan menggunakan sebarang nama alternatif tanpa perlu terikat dengan nama"Muafakat Nasional".
Iklan
Iklan
Jelasnya lagi, pertimbangan itu juga mengambil kira status nama"Muafakat Nasional" yang kini telah didaftarkan secara rasmi di bawah entiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) milik pihak lain.
"Nama itu tidak penting, tetapi apa yang lebih penting ialah persefahaman, tujuan dan hala tuju penyatuan Melayu-Islam itu sendiri," ujarnya dalam satu hantaran di Facebook.
Iklan
Sebelum ini, timbul pelbagai reaksi mengenai status dan masa depan gagasan Muafakat Nasional yang pernah membentuk landskap politik tanah air.
Bagaimanapun, kenyataan Dr Muhamad Akmal ini memberi bayangan bahawa Pemuda UMNO lebih mengutamakan pengisian serta agenda memperkasakan penyatuan ummah berbanding sekadar memfokuskan nama gabungan semata-mata.
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS"><meta itemprop="description" content="PN tubuh pasukan perundangan, teliti tindakan RoS
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Politik #PN #RoS #Perundangan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-26T07:31:16.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P26S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbd8fay"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbd8fay"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbd8fay"></script>