Yang dibuang mungkin bernilai bagi orang lain
Iklan
Fenomena membeli barangan 'preloved' sebenarnya trend cukup menarik bagi rakyat Malaysia ketika ini. Foto hiasan
“TAK mampu beli baharu ke?” Itu soalan diajukan seorang rakan kira-kira 20 tahun lalu apabila saya melangkah masuk ke sebuah kedai 'bundle' yang menjual pakaian terpakai.
Saya tidak pasti sama ada waktu itu budaya membeli barangan terpakai masih dianggap sesuatu yang ganjil atau mungkin rakan saya mempunyai cita rasa terlampau tinggi sehingga memandang rendah barangan yang dijual pada harga murah.