PN milik mutlak siapa?
Iklan
Keputusan Pas memutuskan hubungan politik dengan Bersatu pastinya memberi kesan besar kepada kelangsungan koalisi PN.
KEPUTUSAN Pas memutuskan hubungan politik dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bukan sahaja mencetuskan tanda tanya mengenai masa depan kedua-dua parti, malah menimbulkan persoalan lebih besar iaitu siapa yang bakal menguasai Perikatan Nasional (PN).
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berpandangan, perkembangan tersebut memberi kesan paling besar kepada kedudukan PN yang selama ini diterajui oleh dua parti utama berkenaan.