SEREMBAN - Istiadat pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-12 yang berlangsung di sebuah hotel di Alor Gajah, Melaka pada 5 Jun lepas adalah tidak sah serta tidak diiktiraf dari sudut perlembagaan, undang-undang dan adat istiadat Negeri Sembilan.
Justeru, Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Azizi Mohamad Ali berkata, gelaran Yang Dipertuan Besar yang cuba diambil oleh Tunku Datuk Seri Nadzaruddin Tuanku Ja’afar adalah tidak berkuat kuasa.