Lepas anak penyu agar

Iklan

KUALA NERUS - Sebanyak 570 ekor anak penyu agar dilepaskan sempena sambutan Hari Laut Sedunia 2026 yang bertemakan"Lindungi Laut, Lestarikan Perikanandi Taman Laut Pulau Redang" di Taman Laut Pulau Redang semalam.

Tahun lepas, sebanyak 757,869 ekor anak penyu berjaya ditetaskan dan dilepaskan semula ke laut di Terengganu, mencerminkan keberkesanan usaha konservasi marin negara dalam melindungi spesies terancam.

Iklan
Iklan

Ketua Pengarah Perikanan Datuk Adnan Hussain berkata kejayaan itu direkodkan menerusi Program Pengurusan dan Konservasi Penyu Terengganu, yang turut mencatatkan 13,180 sarang penyu agar dengan 1.07 juta biji telur berjaya dikumpulkan dan dieram pada 2025. - Foto Bernama

 

Iklan
Iklan