Perlis jadi Dubai: MB kena kerja lagi kuat
Iklan
Penulis percaya Tuanku sangat serius mahu mentransformasikan taraf hidup rakyat di negeri itu kerana baginda melihat potensi besar yang dimiliki Perlis.
MEI lalu, warga Perlis termasuk barisan kepimpinan negeri tersentak daripada ‘tidur nyenyak’ apabila Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail membayangkan negeri utara di hujung Semenanjung Malaysia ini berpotensi menjadi ‘Dubai kedua’.
Titah yang dizahirkan sebanyak dua kali itu, termasuk semasa Sambutan Ulang Tahun Keputeraan Baginda ke-83 di Istana Arau baru-baru ini, bukanlah sekadar cakap kosong, sebaliknya baginda mahu titah tersebut diterjemahkan kepada hasil yang nyata.