Rohingya sewa rumah, apartmen pinggir bandar
Iklan
Apartment di Medan Warisan antara lokasi didakwa menjadi unit kediaman etnik Rohingya.
KUANTAN – Corak penempatan warga asing, khususnya etnik Rohingya di sekitar daerah ini dilihat mengalami perubahan apabila mereka mula menyewa di kawasan perumahan serta apartmen kos rendah di pinggir bandar.
Sebelum ini, sebahagian daripada golongan tersebut menetap di kawasan penempatan terbuka atau lokasi terpencil.